Thursday, March 11, 2010

KAULAH KEBANGGAANKU
(khas buat 4 Intelek SMK Seri Gombak)

meniti hari-hari mendatang..
amat memilukan
namun,
sebagai manusia aku AKUR pada takdirnya
kerana ku tahu
saat-saat itu pasti akan hadir jua
dan kekal menjadi kenangan terindah
dalam diari hidupku...

senyum tawa dan gelagat itu
pasti kekal menjadi mimpi indah buatku
mereka adalah insan yang menyedarkan aku
akulah...pendidikmu
kehadiran wajah-wajah itu..mengingatkan aku pada diri ini
pada liku-liku keremajaan yang pernah ku corakkan
berbekalkan semangat dan kecekalan
aku perjuangkan hak mereka sebagai anak bangsa

aku takut untuk alpa
takut untuk lupa
kerana aku tahu...
mereka meniti usia dengan nadi keremajaan
yang penuh ranjau dan duri
langkah mereka menjadi penentu
kejayaan mahupun kegagalan...

aku hanya insan biasa bergelar pendidik
kasih kuberi
sayang kusemai
ilmu kucurah
bakti kulimpahkan...
moga tuhan kabulkan doaku
demi anak didikku...
KAULAH permata hati hingga ke hujung nyawaku



Saturday, February 6, 2010

STUDENT KU YANG POYOS2...cayang korang sume

















NUKILAN INDAH BUAT ANAK DIDIK KU DI ....SEMERBAK

dalam dilema aku ke mari..
membawa 1 amanat terakhir
menutup tirai..sebagai mahasiswi UPSI

harapan ku susun penuh rapi
agar ia seindah mimpi
menjadi satu realiti melengkapi diri
sebagai pendidik berjiwa mithali
aku penuhkan azam dan tekad ku
untuk berbakti tanpa berbelah bagi...

langkah pertama..menguji hati
hingga airmata tak ku duga...membasahi pipi
namun..ia tetap aku gagahi
jangan ada rasa puas hati
ku teruskan langkah meniti hari demi hari
bersama teman..aku pasti
sinar indah di hadapan menanti
dengan harapan kamilah prndidik sejati

penat lelah kini..
semakin hari semakin dekat di diri
namun..amanat dipikul lebih beerti
jangan sekali hampakan diri
dugaan menjadi pembakar hati
yang pasti..anak didik ku
terbela nanti...

biar mereka tak sehebat EINSTAIN
atau sebijak ARISTOTLE
tapi..
cukuplah mampu berdiri sama seperti insan lain
menjadi manusia berguna
hingga nanti berbangga dengan jati diri
SEMERBAK itulah tempat ku daki...

-buat anak2 didik ku di SMK seri gombak-
moga kalian berjaya dengan keredhaan-Nya