KAULAH KEBANGGAANKU
(khas buat 4 Intelek SMK Seri Gombak)
meniti hari-hari mendatang..
amat memilukan
namun,
sebagai manusia aku AKUR pada takdirnya
kerana ku tahu
saat-saat itu pasti akan hadir jua
dan kekal menjadi kenangan terindah
dalam diari hidupku...
senyum tawa dan gelagat itu
pasti kekal menjadi mimpi indah buatku
mereka adalah insan yang menyedarkan aku
akulah...pendidikmu
kehadiran wajah-wajah itu..mengingatkan aku pada diri ini
pada liku-liku keremajaan yang pernah ku corakkan
berbekalkan semangat dan kecekalan
aku perjuangkan hak mereka sebagai anak bangsa
aku takut untuk alpa
takut untuk lupa
kerana aku tahu...
mereka meniti usia dengan nadi keremajaan
yang penuh ranjau dan duri
langkah mereka menjadi penentu
kejayaan mahupun kegagalan...
aku hanya insan biasa bergelar pendidik
kasih kuberi
sayang kusemai
ilmu kucurah
bakti kulimpahkan...
moga tuhan kabulkan doaku
demi anak didikku...
KAULAH permata hati hingga ke hujung nyawaku
(khas buat 4 Intelek SMK Seri Gombak)
meniti hari-hari mendatang..
amat memilukan
namun,
sebagai manusia aku AKUR pada takdirnya
kerana ku tahu
saat-saat itu pasti akan hadir jua
dan kekal menjadi kenangan terindah
dalam diari hidupku...
senyum tawa dan gelagat itu
pasti kekal menjadi mimpi indah buatku
mereka adalah insan yang menyedarkan aku
akulah...pendidikmu
kehadiran wajah-wajah itu..mengingatkan aku pada diri ini
pada liku-liku keremajaan yang pernah ku corakkan
berbekalkan semangat dan kecekalan
aku perjuangkan hak mereka sebagai anak bangsa
aku takut untuk alpa
takut untuk lupa
kerana aku tahu...
mereka meniti usia dengan nadi keremajaan
yang penuh ranjau dan duri
langkah mereka menjadi penentu
kejayaan mahupun kegagalan...
aku hanya insan biasa bergelar pendidik
kasih kuberi
sayang kusemai
ilmu kucurah
bakti kulimpahkan...
moga tuhan kabulkan doaku
demi anak didikku...
KAULAH permata hati hingga ke hujung nyawaku
No comments:
Post a Comment