Monday, July 27, 2009

ANUGERAH TUHAN
(Nukilan : madya@upsi)
-buat sahabat ke bintang_
(asy,ezwa,sikin,hairie,nabillah n nizam)

Saat terkenang waktu itu
Pasti semuanya menjadi kenangan terindah
Kerana ia adalah anugerah tuhan yang tiada ternilai
Bersamamu..
Aku kenal erti kasih dan sayang
Aku tahu makna cinta dan teman
Aku kenal nilai pertemuan dan perpisahan
Suka dan duka..
Bagai pantai dan ombak yang tidak mampu untuk dipisahkan
Begitu juga kita..
Menyemai benih kasih sejak hari itu..kini..hingga akhirnya
Mencari ke mana arahnya pertemuan ini
Dalam kekalutan hidup
Dalam kesunyian hati dan
Dalam ketandusan kasih..
Namun...
Telah ditakdirkan oleh-Nya
Kamulah pelengkap hidupku
Yang kalut...sunyi...dan tandus
Dengan kasih dan keikhlasan

Hari silih berganti
Tapi...
Kita tetap masih di sini
Menongkah arus demi menabur benih-benih ilmu
Demi anak bangsa yang diamanatkan pada kita
Namun...
Sekali sekala ada juga yang terguris antara kita
Bukan kerana benci atau dendam
Bukan juga kerana iri atau dengki
Tetapi...
Kerna kita saling mengerti
Kisah dan cerita yang tertulis
Dalam diari ’ke bintang’
Yang kita gubah menjadi lagu hidup
Sejak kita bersama
Senyum tawa dan tangis pilu
Mengindahkan lagi sejarah yang kita bina
Dan akhirnya...
Kita semadikan kenangan bersama
Biarpun beribu batu
Berjuta tahun...
Kamulah..
Sahabat dan temanku
Dunia dan akhirat...

`Nukilan indah buat sahabat ke bintang`
Doaku buat kalian semoga Tuhan sentiasa
Memberi kebahagiaan dan kejayaan yang indah buat kita semua.
(15 MEI 2009)
~ Nurul Mardhiah Bachok @ Mohd Aking ~

No comments:

Post a Comment